Kehidupan dan kerjaya Zoey_Rahman

Zoey dilahirkan pada 3 Januari 1985 di Besut, Terengganu dan beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai model.

Zoey memulakan kerjaya pengacaraannya menerusi rancangan Gerak-Geri Gasing yang bersiaran di Astro Ceria manakala kerjaya lakonannya bermula pada 2007 menerusi drama sitkom, Bong lakonan Ikhwan (bekas penyampai Hot FM; kini penyampai Kool FM). Sejak itu, beliau membintangi dalam pelbagai drama televisyen, termasuk Friday I'm In Love dan Demi Dia.

Pada tahun 2010, Zoey berlakon bersama Dato' Farid Kamil dan Lisa Surihani dalam filem adaptasi novel karya Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan. Ia merupakan filem pertama lakonannya.

Zoey membintangi filem berkonsepkan muzikal drama yang disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480). Filem televisyen ini diarahkan oleh Dato’ Seri Shah Rezza dan dibantu Mohd Feroz Abdul Kader. Filem muzikal drama Permata Hati ini boleh ditonton bermula 26 Januari 2017.[1][2]

Zoey juga muncul dalam filem berjudul Aku Haus Darahmu arahan Aidifitri Mohd Yunos[3] yang ditayangkan pada 2 Februari 2017.

Selain itu, beliau juga sibuk memperkembangkan bakat beliau di negara jiran iaitu Indonesia.[4]

Seterusnya, Zoey muncul dalam drama Mat Rukun dan memegang watak utama. Drama terbitan Hujan Lebat Sdn Bhd ini mula disiarkan Jun 2017 di Slot Kelakarama TV9.

Rujukan

WikiPedia: Zoey_Rahman http://www.budiey.com/drama-bersiri-friday-im-in-l... http://www.budiey.com/elfira-loy-zoey-rahman-hos-p... http://www.budiey.com/filem-aku-haus-darah-mu/ http://www.imdb.com/name/nm8531082/ http://ishakhasimi.com/2015/04/ada-apa-dengan-dram... http://www.myinfotaip.com/2016/01/drama-dawai-asma... http://www.myinfotaip.com/2016/09/drama-arluna.htm... http://www.hmetro.com.my/node/107890 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120428/h...